Friday, April 22, 2011

MESYUARAT AGUNG BGB KALI KE 2



DIANTARA TETAMU VIP YANG HADIR

Terima kasih diucapkn kepada


Tn.hj MD SALLEHEEN BIN hj MOHAMAD pengerusi pertubuhan belia generasi baru(bgb)


En SAZLI BIN MAHMOD penolong belia dan sukan daerah segamat


Y.B DATUK hj AYUB BIN RAHMAT ahli dewan undangan negeri johor kwsn kemerlah merangkap timbalan ketua umno bahagian sekijang

Dan


Saudara MUHD HAFIZUDDIN BIN AZHAL selaku pengerusi majlis


dan tidak lupa juga kpd tetamu-tetamu jemputan dan belia-belia yang sempat hadir utk menjayakn majlis Mesyuarat agung kali ke2 serta pelancaran blog belia generasi baru. Majlis gilang gemilang ini telah pun berjaya dan selamat di jalan kn pd 23/3/2011 jm 8.00 mlm.


Pada malam tersebut juga satu kejutan telah dibuat



apabila anugerah PIALA PUSINGAN AJK PALING AKTIF telah di perkenalkn. Buat julung-julung kalinya. Dan TAHNIAH di ucapkn kepada saudara...... RAJA BADRUL BIN RAJA ESA diatas kejayaan beliau, yg selama ini tidak pernah jemu untuk turun padang bersama-sama membantu menjayakan majlis. sekali lagi diucakkan TAHNIAH semoga iya menjadi contoh kepada belia2 yang lain.


kepada belia-belia yg lain engatlah pesanan ini "janganlh kita lakukan sesuatu kerja dengan mengharapkn balasan sebalikn kita hendaklah buat dengan penuh keiklasan kerana iya lagi di pandang mulia,ada ganjaran yang sedang menanti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar."



Dengan ini selesai lah sudah majlis gilang gemilang MESYUARAT AGUNG KALI KE 2 PERTUBUHAN BELIA GENERASI BARU DAN PELANCARAN BLOG 'BGB' semoga kita dapat bersua di tahun akan datang. Semoga 'BGB' teros melangkah lebih jauh kehadapan...










Sunday, March 6, 2011

Bantuan Banjir BGB

SEKITAR BANJIR BESAR PADA 30/1/2011
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan banjir besar sepeti mana yang pernah berlaku pada tahun 2006. Ini telah memberi kami warga belia BGB suatu pengajaran untuk membuat persiapan awal sebagai bersiap sedia jika berlakunya banjir. Banjir yang berlaku pada 30/1/2011 ini mengejutkan kami dan warga segamat yang lain. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai mangsa-mangsa banjir yang tidak sempat untuk menyelamatkan barang mereka. ini kerana nyawa adalah lebih penting dari segala-galanya. Belia BGB yang juga turun membantu mangsa banjir dapat meringankan beban yang dipikul oleh magsa-mangsa banjir. Berikut sebahagian gambar yang sempat kami ambil semasa bantuan diberikan, kepada penduduk kampung paya pulai segamat johor

Dalam pada itu kami dari warga BGB turut berasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir, moga apa yang berlaku ada hikmah disebalik dugaan yang diberi oleh ALLAH ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga hanya ALLAH sahajalh yang dapat membalas jasa baik belia-belia semua kerana sanggup bekorban masa dan tenaga walau pun penat tetap juga untuk membantu dari awal hinggalah bergotong royong membersihkan sekitar kawasan pusat pemindahan banjir, di balai raya air bah kampung paya pulai segamat johor.

kami dari BGB akan sentiasa mengenang jasa-jasa belia semua yang talah bertungkus lumus supaya iyanya berjalan dengan lancar. kami harap iya akan menjadi suatu kenangan yang maniskepada semua orang. sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah silap dr kami yang baik itu datangnya dari allah yang kurang itu dari diri sendiri. sekian sahaja terima kasih....

Friday, March 4, 2011

PROGRAM RAYA BGB

KAMI DARI WARGA (BGB) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sebahagian gambar kenangan belia (BGB) semasa menzearahi rumah ke rumah rakan-rakan

Berikut adalah sedikit adagan video yang sempat kami rakam dan telah diedit oleh saudara Muhd Haziq Bin Azhal.. Program ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara kami sesama warga Belia Generasi Baru.

Selamat menonton dan saksikan kemeriahan Kami.

PERTANDINGAN FUTSAL



Pertandingan Futsal Suka-Suka Zon 1 Pemuda Sekijang yang telah diadakan pada 1/12/2010 di Padang Permainan Taman Pelangi adalah salah satu daripada aktiviti yang telah dianjurkan bersama Belia Generasi Baru (BGB) prorgem ini telah berjaya dan berjalan dengan lancar.. Motif penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami warga BGB dengan belia-belia yang lain. penyertaan terbuka kepada semua belia-belia pemuda sekijang
Antara tetamu-tetamu vip yang hadir

pasukan futsal (BGB)

Antara sebahagian gambar yang di ambil semasa pertandingan berlangsung

Tahniah di ucapkan kepada para-para peserta yang menang dalam pertandingan futsal suka-suka. kepada yang kalah jangan putus asa cuba lagi di masa akan datang. kami juga mengucapkan ribua terima kasih kepada vip-vip,jawatan kuasa dan belia-belia yang telah menjayakan progrem futsal suka-suka. jasa anda semua akan di kenang... sekian sahaja dari kami warja (BGB) Majulah sukan untuk negara....

Saturday, August 7, 2010

BGB PENDAKIAN GUNUNG LEDANG DI DALAM BERITA HARIAN



SALAM 1 BELIA.....


Pendakian para peserta BGB mendaki gunung ledang terpapar di dalam surat khabar BERITA HARIAN. Diatas adalah dimana keratan akbar yang telah diambil di dalam surat khabar berita harian. satu perasaan yang amat gembira kerana pendakian para peserta pada 11 julai 2010 lalu masuk dalam akbar berita harian.1 penghargaan pada wartawan berita harian kerana telah memasukkan aktiviti pendakian peserta BGB kedalam akbar berita harian....

Friday, July 23, 2010

VIDEO SHUFFLE (JOM CENTRE 2010)

















MISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG

Pada 11 julai 2010 seramai 20 orang belia BGB telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang bersama-sama dengan ahli belia 4B.Mereka bertolak pada pukul 7.00am dengan menaiki kereta pancuan 4 roda dan dilepaskan oleh Ketua Kampung Paya Pulai dengan mengibarkan bendera Malaysia.Peserta tiba di pos pendaftaran pendakian pada pukul 8.30am untuk mendaftar sebelum memulakan pendakian.Setelah selesai semua pendaftaran kami memulakan pendakian menawan puncak gunung ledang bersama 2 orang incas.



SESI BERGAMBAR PESERTA BGB BERSAMA DENGAN PENGERUSI DAN KETUA KAMPUNG SEBELUM BERANGKAT MENUJU KE GUNUNG LEDANG



Setelah tiba di pos pendaftaran para peserta diminta untuk berdaftar di pos pendaftaran untuk mendapatkn kebenaran mendaki gunung ledang.Dibawah beberapa gambar semasa berada di pos pendaftaran dan ketika hendak memulakan pendakian : -



KETIKA BERADA DI POS PENDAFTARAN




KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG





GAMBAR KETIKA PARA PESERTA SEDANG MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam akhirnya para peserta berjaya menawan PUNCAK GUNUNG LEDANG dengan perasaan yang tidak terhingga begitu gembira walaupun dalam keadaan penat disebabkan pendakian tidak henti-henti.Suasana yang meriah apabila dapat melihat suasana dibawah dari puncak gunung ledang.Permandangan yang begitu indah dapat dilihat dari puncak gunung ledang dengan awan yang berlalu.Para pesserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan teruja bila sampai di puncak gunung ledang.





KETIAK BERADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG



MASING-MASING TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERGAMBAR SESAMA SENDIRI SEBAGAI TANDA KENANGAN



Setelah berada di puncak selama sejam para peserta mula berangkat turun dari puncak dengan perasaan yang teruja.




KETIKA SEDANG MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG




SETIBANYA DI TAPAK PERMUALAAN PENDAKIAN PARA PESERTA DISAJIKAN MAKANAN YANG ENAK DAN LAZAT SETELAH PENAT LELAH MENDAKI DAN MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG.



Akhirnya misi hajat untuk mendaki puncak gunung ledang berjaya dan berhasil.Para peserta nampak begitu gembira.Diharap agar ada lagi aktiviti ekstrem yang mencabar sebegini di lain masa akan datang.Dengan aktiviti yang sebegini secara tidak langsung mengelak para golongan belia melepak kesana kesini tanpa hala tuju.



SEKIAN.....SALAM 1 BELIA......