Friday, July 23, 2010

VIDEO SHUFFLE (JOM CENTRE 2010)

















MISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG

Pada 11 julai 2010 seramai 20 orang belia BGB telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang bersama-sama dengan ahli belia 4B.Mereka bertolak pada pukul 7.00am dengan menaiki kereta pancuan 4 roda dan dilepaskan oleh Ketua Kampung Paya Pulai dengan mengibarkan bendera Malaysia.Peserta tiba di pos pendaftaran pendakian pada pukul 8.30am untuk mendaftar sebelum memulakan pendakian.Setelah selesai semua pendaftaran kami memulakan pendakian menawan puncak gunung ledang bersama 2 orang incas.



SESI BERGAMBAR PESERTA BGB BERSAMA DENGAN PENGERUSI DAN KETUA KAMPUNG SEBELUM BERANGKAT MENUJU KE GUNUNG LEDANG



Setelah tiba di pos pendaftaran para peserta diminta untuk berdaftar di pos pendaftaran untuk mendapatkn kebenaran mendaki gunung ledang.Dibawah beberapa gambar semasa berada di pos pendaftaran dan ketika hendak memulakan pendakian : -



KETIKA BERADA DI POS PENDAFTARAN




KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG





GAMBAR KETIKA PARA PESERTA SEDANG MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam akhirnya para peserta berjaya menawan PUNCAK GUNUNG LEDANG dengan perasaan yang tidak terhingga begitu gembira walaupun dalam keadaan penat disebabkan pendakian tidak henti-henti.Suasana yang meriah apabila dapat melihat suasana dibawah dari puncak gunung ledang.Permandangan yang begitu indah dapat dilihat dari puncak gunung ledang dengan awan yang berlalu.Para pesserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan teruja bila sampai di puncak gunung ledang.





KETIAK BERADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG



MASING-MASING TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERGAMBAR SESAMA SENDIRI SEBAGAI TANDA KENANGAN



Setelah berada di puncak selama sejam para peserta mula berangkat turun dari puncak dengan perasaan yang teruja.




KETIKA SEDANG MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG




SETIBANYA DI TAPAK PERMUALAAN PENDAKIAN PARA PESERTA DISAJIKAN MAKANAN YANG ENAK DAN LAZAT SETELAH PENAT LELAH MENDAKI DAN MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG.



Akhirnya misi hajat untuk mendaki puncak gunung ledang berjaya dan berhasil.Para peserta nampak begitu gembira.Diharap agar ada lagi aktiviti ekstrem yang mencabar sebegini di lain masa akan datang.Dengan aktiviti yang sebegini secara tidak langsung mengelak para golongan belia melepak kesana kesini tanpa hala tuju.



SEKIAN.....SALAM 1 BELIA......

KARNIVAL JOM CENTRE

Salam 1 BELIA

Karnival JOM CENTRE telah diadakan di dataran segamat pada 25,26 & 27 jun 2010.Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada hari itu.Persatuan kami (BGB) telah menghantar dua buah pasukan untuk di pertandingkan pada hari tersebut.Iaitu pasukan bola jaring dan shuffle.Pasukan shuffle kategori berkumpulan kami telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut manakala kategori perseorangan di tempat ke-3.Pasukan bola jaring pula tewas pada suku akhir.Walaubagaimana pun semangat perjuangan yang di tonjolkan oleh pasukan kami sangat membanggakan.
Pasukan shuffle telah mendapat JOHAN dalam pertandingan shuffle

Pasukan shuffle BGB telah mendapat johan sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada 2009 & 2010.Persembahan yang ditampilkan oleh pasukan shuffle BGB cukup bertenaga dan juga semangat dengan membawa nama belia BGB.Bagi persembahan perseorangan juga cukup menyakinkan walaupun hanya sekadar ditempat ketiga dimana pernyertaan kali pertama.Dibawah ada sedikit gambar yang telah di edit dimana persembahan shuffle berkumpulan dan juga perseorangan.....

Persembahan shuffle berkumpulan yang cukup mantap


Persembahan shuffle perseorangan
Pasukan bola jaring kurang bernasib baik tidak dapat layak ke peringkat akhir dimana mereka tewas di suku akhir.Walau bagaimanapun semangat juang berpasukan yang ditunjukan memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang lain.Dibawah sedikit gambar yang telah dieditkn....
Pasukan bola jaring BGB


Diantara perlawanan yang melibatkan pasukan bola jaring BGB