Friday, July 23, 2010

MISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG

Pada 11 julai 2010 seramai 20 orang belia BGB telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang bersama-sama dengan ahli belia 4B.Mereka bertolak pada pukul 7.00am dengan menaiki kereta pancuan 4 roda dan dilepaskan oleh Ketua Kampung Paya Pulai dengan mengibarkan bendera Malaysia.Peserta tiba di pos pendaftaran pendakian pada pukul 8.30am untuk mendaftar sebelum memulakan pendakian.Setelah selesai semua pendaftaran kami memulakan pendakian menawan puncak gunung ledang bersama 2 orang incas.



SESI BERGAMBAR PESERTA BGB BERSAMA DENGAN PENGERUSI DAN KETUA KAMPUNG SEBELUM BERANGKAT MENUJU KE GUNUNG LEDANG



Setelah tiba di pos pendaftaran para peserta diminta untuk berdaftar di pos pendaftaran untuk mendapatkn kebenaran mendaki gunung ledang.Dibawah beberapa gambar semasa berada di pos pendaftaran dan ketika hendak memulakan pendakian : -



KETIKA BERADA DI POS PENDAFTARAN




KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG





GAMBAR KETIKA PARA PESERTA SEDANG MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam akhirnya para peserta berjaya menawan PUNCAK GUNUNG LEDANG dengan perasaan yang tidak terhingga begitu gembira walaupun dalam keadaan penat disebabkan pendakian tidak henti-henti.Suasana yang meriah apabila dapat melihat suasana dibawah dari puncak gunung ledang.Permandangan yang begitu indah dapat dilihat dari puncak gunung ledang dengan awan yang berlalu.Para pesserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan teruja bila sampai di puncak gunung ledang.





KETIAK BERADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG



MASING-MASING TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERGAMBAR SESAMA SENDIRI SEBAGAI TANDA KENANGAN



Setelah berada di puncak selama sejam para peserta mula berangkat turun dari puncak dengan perasaan yang teruja.




KETIKA SEDANG MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG




SETIBANYA DI TAPAK PERMUALAAN PENDAKIAN PARA PESERTA DISAJIKAN MAKANAN YANG ENAK DAN LAZAT SETELAH PENAT LELAH MENDAKI DAN MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG.



Akhirnya misi hajat untuk mendaki puncak gunung ledang berjaya dan berhasil.Para peserta nampak begitu gembira.Diharap agar ada lagi aktiviti ekstrem yang mencabar sebegini di lain masa akan datang.Dengan aktiviti yang sebegini secara tidak langsung mengelak para golongan belia melepak kesana kesini tanpa hala tuju.



SEKIAN.....SALAM 1 BELIA......

No comments:

Post a Comment