Sunday, March 6, 2011

Bantuan Banjir BGB

SEKITAR BANJIR BESAR PADA 30/1/2011
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan banjir besar sepeti mana yang pernah berlaku pada tahun 2006. Ini telah memberi kami warga belia BGB suatu pengajaran untuk membuat persiapan awal sebagai bersiap sedia jika berlakunya banjir. Banjir yang berlaku pada 30/1/2011 ini mengejutkan kami dan warga segamat yang lain. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai mangsa-mangsa banjir yang tidak sempat untuk menyelamatkan barang mereka. ini kerana nyawa adalah lebih penting dari segala-galanya. Belia BGB yang juga turun membantu mangsa banjir dapat meringankan beban yang dipikul oleh magsa-mangsa banjir. Berikut sebahagian gambar yang sempat kami ambil semasa bantuan diberikan, kepada penduduk kampung paya pulai segamat johor

Dalam pada itu kami dari warga BGB turut berasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir, moga apa yang berlaku ada hikmah disebalik dugaan yang diberi oleh ALLAH ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga hanya ALLAH sahajalh yang dapat membalas jasa baik belia-belia semua kerana sanggup bekorban masa dan tenaga walau pun penat tetap juga untuk membantu dari awal hinggalah bergotong royong membersihkan sekitar kawasan pusat pemindahan banjir, di balai raya air bah kampung paya pulai segamat johor.

kami dari BGB akan sentiasa mengenang jasa-jasa belia semua yang talah bertungkus lumus supaya iyanya berjalan dengan lancar. kami harap iya akan menjadi suatu kenangan yang maniskepada semua orang. sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah silap dr kami yang baik itu datangnya dari allah yang kurang itu dari diri sendiri. sekian sahaja terima kasih....

Friday, March 4, 2011

PROGRAM RAYA BGB

KAMI DARI WARGA (BGB) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sebahagian gambar kenangan belia (BGB) semasa menzearahi rumah ke rumah rakan-rakan

Berikut adalah sedikit adagan video yang sempat kami rakam dan telah diedit oleh saudara Muhd Haziq Bin Azhal.. Program ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara kami sesama warga Belia Generasi Baru.

Selamat menonton dan saksikan kemeriahan Kami.

PERTANDINGAN FUTSAL



Pertandingan Futsal Suka-Suka Zon 1 Pemuda Sekijang yang telah diadakan pada 1/12/2010 di Padang Permainan Taman Pelangi adalah salah satu daripada aktiviti yang telah dianjurkan bersama Belia Generasi Baru (BGB) prorgem ini telah berjaya dan berjalan dengan lancar.. Motif penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami warga BGB dengan belia-belia yang lain. penyertaan terbuka kepada semua belia-belia pemuda sekijang
Antara tetamu-tetamu vip yang hadir

pasukan futsal (BGB)

Antara sebahagian gambar yang di ambil semasa pertandingan berlangsung

Tahniah di ucapkan kepada para-para peserta yang menang dalam pertandingan futsal suka-suka. kepada yang kalah jangan putus asa cuba lagi di masa akan datang. kami juga mengucapkan ribua terima kasih kepada vip-vip,jawatan kuasa dan belia-belia yang telah menjayakan progrem futsal suka-suka. jasa anda semua akan di kenang... sekian sahaja dari kami warja (BGB) Majulah sukan untuk negara....