Sunday, March 6, 2011

Bantuan Banjir BGB

SEKITAR BANJIR BESAR PADA 30/1/2011
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan banjir besar sepeti mana yang pernah berlaku pada tahun 2006. Ini telah memberi kami warga belia BGB suatu pengajaran untuk membuat persiapan awal sebagai bersiap sedia jika berlakunya banjir. Banjir yang berlaku pada 30/1/2011 ini mengejutkan kami dan warga segamat yang lain. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai mangsa-mangsa banjir yang tidak sempat untuk menyelamatkan barang mereka. ini kerana nyawa adalah lebih penting dari segala-galanya. Belia BGB yang juga turun membantu mangsa banjir dapat meringankan beban yang dipikul oleh magsa-mangsa banjir. Berikut sebahagian gambar yang sempat kami ambil semasa bantuan diberikan, kepada penduduk kampung paya pulai segamat johor

Dalam pada itu kami dari warga BGB turut berasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir, moga apa yang berlaku ada hikmah disebalik dugaan yang diberi oleh ALLAH ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga hanya ALLAH sahajalh yang dapat membalas jasa baik belia-belia semua kerana sanggup bekorban masa dan tenaga walau pun penat tetap juga untuk membantu dari awal hinggalah bergotong royong membersihkan sekitar kawasan pusat pemindahan banjir, di balai raya air bah kampung paya pulai segamat johor.

kami dari BGB akan sentiasa mengenang jasa-jasa belia semua yang talah bertungkus lumus supaya iyanya berjalan dengan lancar. kami harap iya akan menjadi suatu kenangan yang maniskepada semua orang. sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah silap dr kami yang baik itu datangnya dari allah yang kurang itu dari diri sendiri. sekian sahaja terima kasih....

No comments:

Post a Comment