Sunday, January 20, 2013

SELAMAT TAHUN BARU



Tahun 2012 Telah Melaburkan Tirai Bagi Semua Ahli Belia Generasi Baru BGB... Segala Program Yang Dilakukan Dan Yang Telah Dilaksanakan Bersama Ahli Telah Memberi Satu Kejayaan Dan Impak Besar Kepada Semua Belia Di Kawasan Setempat Khususnya...

Kami Di BGB Inginkan Wujudnya Satu Persefahaman Diantara Para Belia Semua... Dengan Adanya Kekuatan Dan Kerjasama Yang Dilakukan Ia Dapat Menguatkan Lagi Belia Kita Dan Sekali Gus Dapat Mengeratkan Silaturahim Sesama Kita....

Nantikan Program-Program Terbaru Kami Pada Tahun Ini Dan Rasai Bersama Kemeriyahan Dan Kerjasama Kami Warga Belia Generasi Baru BGB.

Saturday, May 14, 2011

KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM

KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM YANG TELAH DIADAKAN PADA 16/4/2011 DI PERKARANGAN MASJID JAMEK KG PAYA PULAI SEGAMAT. KURSUS INI DIADAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL PARA-PARA BELIA BEKERJA SAMA DENGAN AHLI JEMAAH-JEMAAH MASJID UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI. SERAMAI 25 ORANG BELIA-BELIA GENERASI BARU TERLIBAT DALAM KURSUS PENYEMBELIHAN AYAM INI.



Sebelum penyembelihan ayam di jalankan para peserta ditunjuk ajar oleh imam masjid cara-cara yang betul sebelum penyembelihan di jalankan.



Selepas di tunjuk ajar oleh imam seorang demi seorang peserta menjalani kursus penyembelihan ini. walaupun pada awalnya para peserta agak gementar untuk mencuba tetapi dengan tunjuk ajar yang diberi oleh rakan yang lain perasaan engin tahu dan mencuba menjadikan mereka tidak sabar menunggu giliran.


Jika kita tidak belajar tentu kita tidak akan tahu. Dengan adanya kursus penyembelihan ini kita dapat pelajari cara-cara yang betul. Jika kita tidak tahu jangan malu-malu untuk bertanya, kerana kita tidak akan rugi apa-apa.



Sebahagian gambar yang sempat di ambil ketika kursus penyembelihan ayam di jalankan.


ucapan terima kasih dan tahniah

kepada para-para peserta dan kepada yang terliban untuk menjayakan majlis kursus penyembeli ayam ini. walaupun majlis yang dirancang ini sudah lama engin di buat atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan iya tidak dapat dilaksanakan sebelum ni. walau bagaimana pun bersyukur kerana iya dapat dilajankan dengan lancar. Semoga aktiviti-aktiviti seperti bagini dapat di jalankan lagi, moga-moga ada kursus penyembelihan kambing pula yang akan dilaksanakan selepas ini.. insaallal...

Ucapan terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua yang terlibat. semoga kita sersua lagi.











AKHBAR SINAR HARIAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA RAJA BADRUL BIN RAJA ESA DIATAS USAHA DAN KERJA SAMA YANG TELAH DI BERI WALAUPUN TIDAK KIRA MASA. JASA ANDA AKAN DIKENANG. KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN YANG MEMASUKI MUKA SURAR AKHBAR.

Friday, April 22, 2011

MESYUARAT AGUNG BGB KALI KE 2



DIANTARA TETAMU VIP YANG HADIR

Terima kasih diucapkn kepada


Tn.hj MD SALLEHEEN BIN hj MOHAMAD pengerusi pertubuhan belia generasi baru(bgb)


En SAZLI BIN MAHMOD penolong belia dan sukan daerah segamat


Y.B DATUK hj AYUB BIN RAHMAT ahli dewan undangan negeri johor kwsn kemerlah merangkap timbalan ketua umno bahagian sekijang

Dan


Saudara MUHD HAFIZUDDIN BIN AZHAL selaku pengerusi majlis


dan tidak lupa juga kpd tetamu-tetamu jemputan dan belia-belia yang sempat hadir utk menjayakn majlis Mesyuarat agung kali ke2 serta pelancaran blog belia generasi baru. Majlis gilang gemilang ini telah pun berjaya dan selamat di jalan kn pd 23/3/2011 jm 8.00 mlm.


Pada malam tersebut juga satu kejutan telah dibuat



apabila anugerah PIALA PUSINGAN AJK PALING AKTIF telah di perkenalkn. Buat julung-julung kalinya. Dan TAHNIAH di ucapkn kepada saudara...... RAJA BADRUL BIN RAJA ESA diatas kejayaan beliau, yg selama ini tidak pernah jemu untuk turun padang bersama-sama membantu menjayakan majlis. sekali lagi diucakkan TAHNIAH semoga iya menjadi contoh kepada belia2 yang lain.


kepada belia-belia yg lain engatlah pesanan ini "janganlh kita lakukan sesuatu kerja dengan mengharapkn balasan sebalikn kita hendaklah buat dengan penuh keiklasan kerana iya lagi di pandang mulia,ada ganjaran yang sedang menanti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar."



Dengan ini selesai lah sudah majlis gilang gemilang MESYUARAT AGUNG KALI KE 2 PERTUBUHAN BELIA GENERASI BARU DAN PELANCARAN BLOG 'BGB' semoga kita dapat bersua di tahun akan datang. Semoga 'BGB' teros melangkah lebih jauh kehadapan...










Sunday, March 6, 2011

Bantuan Banjir BGB

SEKITAR BANJIR BESAR PADA 30/1/2011
Baru-baru ini kita di kejutkan dengan banjir besar sepeti mana yang pernah berlaku pada tahun 2006. Ini telah memberi kami warga belia BGB suatu pengajaran untuk membuat persiapan awal sebagai bersiap sedia jika berlakunya banjir. Banjir yang berlaku pada 30/1/2011 ini mengejutkan kami dan warga segamat yang lain. Air yang naik dengan begitu cepat menyebabkan ramai mangsa-mangsa banjir yang tidak sempat untuk menyelamatkan barang mereka. ini kerana nyawa adalah lebih penting dari segala-galanya. Belia BGB yang juga turun membantu mangsa banjir dapat meringankan beban yang dipikul oleh magsa-mangsa banjir. Berikut sebahagian gambar yang sempat kami ambil semasa bantuan diberikan, kepada penduduk kampung paya pulai segamat johor

Dalam pada itu kami dari warga BGB turut berasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir, moga apa yang berlaku ada hikmah disebalik dugaan yang diberi oleh ALLAH ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga hanya ALLAH sahajalh yang dapat membalas jasa baik belia-belia semua kerana sanggup bekorban masa dan tenaga walau pun penat tetap juga untuk membantu dari awal hinggalah bergotong royong membersihkan sekitar kawasan pusat pemindahan banjir, di balai raya air bah kampung paya pulai segamat johor.

kami dari BGB akan sentiasa mengenang jasa-jasa belia semua yang talah bertungkus lumus supaya iyanya berjalan dengan lancar. kami harap iya akan menjadi suatu kenangan yang maniskepada semua orang. sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, kami menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah silap dr kami yang baik itu datangnya dari allah yang kurang itu dari diri sendiri. sekian sahaja terima kasih....

Friday, March 4, 2011

PROGRAM RAYA BGB

KAMI DARI WARGA (BGB) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sebahagian gambar kenangan belia (BGB) semasa menzearahi rumah ke rumah rakan-rakan

Berikut adalah sedikit adagan video yang sempat kami rakam dan telah diedit oleh saudara Muhd Haziq Bin Azhal.. Program ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara kami sesama warga Belia Generasi Baru.

Selamat menonton dan saksikan kemeriahan Kami.

PERTANDINGAN FUTSAL



Pertandingan Futsal Suka-Suka Zon 1 Pemuda Sekijang yang telah diadakan pada 1/12/2010 di Padang Permainan Taman Pelangi adalah salah satu daripada aktiviti yang telah dianjurkan bersama Belia Generasi Baru (BGB) prorgem ini telah berjaya dan berjalan dengan lancar.. Motif penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kami warga BGB dengan belia-belia yang lain. penyertaan terbuka kepada semua belia-belia pemuda sekijang
Antara tetamu-tetamu vip yang hadir

pasukan futsal (BGB)

Antara sebahagian gambar yang di ambil semasa pertandingan berlangsung

Tahniah di ucapkan kepada para-para peserta yang menang dalam pertandingan futsal suka-suka. kepada yang kalah jangan putus asa cuba lagi di masa akan datang. kami juga mengucapkan ribua terima kasih kepada vip-vip,jawatan kuasa dan belia-belia yang telah menjayakan progrem futsal suka-suka. jasa anda semua akan di kenang... sekian sahaja dari kami warja (BGB) Majulah sukan untuk negara....

Saturday, August 7, 2010

BGB PENDAKIAN GUNUNG LEDANG DI DALAM BERITA HARIAN



SALAM 1 BELIA.....


Pendakian para peserta BGB mendaki gunung ledang terpapar di dalam surat khabar BERITA HARIAN. Diatas adalah dimana keratan akbar yang telah diambil di dalam surat khabar berita harian. satu perasaan yang amat gembira kerana pendakian para peserta pada 11 julai 2010 lalu masuk dalam akbar berita harian.1 penghargaan pada wartawan berita harian kerana telah memasukkan aktiviti pendakian peserta BGB kedalam akbar berita harian....

Friday, July 23, 2010

VIDEO SHUFFLE (JOM CENTRE 2010)

















MISI MENAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG

Pada 11 julai 2010 seramai 20 orang belia BGB telah berjaya menawan puncak Gunung Ledang bersama-sama dengan ahli belia 4B.Mereka bertolak pada pukul 7.00am dengan menaiki kereta pancuan 4 roda dan dilepaskan oleh Ketua Kampung Paya Pulai dengan mengibarkan bendera Malaysia.Peserta tiba di pos pendaftaran pendakian pada pukul 8.30am untuk mendaftar sebelum memulakan pendakian.Setelah selesai semua pendaftaran kami memulakan pendakian menawan puncak gunung ledang bersama 2 orang incas.



SESI BERGAMBAR PESERTA BGB BERSAMA DENGAN PENGERUSI DAN KETUA KAMPUNG SEBELUM BERANGKAT MENUJU KE GUNUNG LEDANG



Setelah tiba di pos pendaftaran para peserta diminta untuk berdaftar di pos pendaftaran untuk mendapatkn kebenaran mendaki gunung ledang.Dibawah beberapa gambar semasa berada di pos pendaftaran dan ketika hendak memulakan pendakian : -



KETIKA BERADA DI POS PENDAFTARAN




KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG





GAMBAR KETIKA PARA PESERTA SEDANG MENDAKI PUNCAK GUNUNG LEDANG



Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam akhirnya para peserta berjaya menawan PUNCAK GUNUNG LEDANG dengan perasaan yang tidak terhingga begitu gembira walaupun dalam keadaan penat disebabkan pendakian tidak henti-henti.Suasana yang meriah apabila dapat melihat suasana dibawah dari puncak gunung ledang.Permandangan yang begitu indah dapat dilihat dari puncak gunung ledang dengan awan yang berlalu.Para pesserta tidak melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan teruja bila sampai di puncak gunung ledang.





KETIAK BERADA DI PUNCAK GUNUNG LEDANG



MASING-MASING TIDAK MELEPASKAN PELUANG BERGAMBAR SESAMA SENDIRI SEBAGAI TANDA KENANGAN



Setelah berada di puncak selama sejam para peserta mula berangkat turun dari puncak dengan perasaan yang teruja.




KETIKA SEDANG MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG




SETIBANYA DI TAPAK PERMUALAAN PENDAKIAN PARA PESERTA DISAJIKAN MAKANAN YANG ENAK DAN LAZAT SETELAH PENAT LELAH MENDAKI DAN MENURUNI PUNCAK GUNUNG LEDANG.



Akhirnya misi hajat untuk mendaki puncak gunung ledang berjaya dan berhasil.Para peserta nampak begitu gembira.Diharap agar ada lagi aktiviti ekstrem yang mencabar sebegini di lain masa akan datang.Dengan aktiviti yang sebegini secara tidak langsung mengelak para golongan belia melepak kesana kesini tanpa hala tuju.



SEKIAN.....SALAM 1 BELIA......

KARNIVAL JOM CENTRE

Salam 1 BELIA

Karnival JOM CENTRE telah diadakan di dataran segamat pada 25,26 & 27 jun 2010.Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada hari itu.Persatuan kami (BGB) telah menghantar dua buah pasukan untuk di pertandingkan pada hari tersebut.Iaitu pasukan bola jaring dan shuffle.Pasukan shuffle kategori berkumpulan kami telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut manakala kategori perseorangan di tempat ke-3.Pasukan bola jaring pula tewas pada suku akhir.Walaubagaimana pun semangat perjuangan yang di tonjolkan oleh pasukan kami sangat membanggakan.
Pasukan shuffle telah mendapat JOHAN dalam pertandingan shuffle

Pasukan shuffle BGB telah mendapat johan sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada 2009 & 2010.Persembahan yang ditampilkan oleh pasukan shuffle BGB cukup bertenaga dan juga semangat dengan membawa nama belia BGB.Bagi persembahan perseorangan juga cukup menyakinkan walaupun hanya sekadar ditempat ketiga dimana pernyertaan kali pertama.Dibawah ada sedikit gambar yang telah di edit dimana persembahan shuffle berkumpulan dan juga perseorangan.....

Persembahan shuffle berkumpulan yang cukup mantap


Persembahan shuffle perseorangan
Pasukan bola jaring kurang bernasib baik tidak dapat layak ke peringkat akhir dimana mereka tewas di suku akhir.Walau bagaimanapun semangat juang berpasukan yang ditunjukan memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang lain.Dibawah sedikit gambar yang telah dieditkn....
Pasukan bola jaring BGB


Diantara perlawanan yang melibatkan pasukan bola jaring BGB

Thursday, June 24, 2010

DESIGN BAJU T-SHIRT BGB




salam....

t-shirt dia atas merupakan t-shirt bagi ahli2 belia BGB yang telah direka khas oleh saudara MOHD HAZIQ AZHAL dan sebulat suara di dalam mesyuarat memilih design t-shirt tersebut untuk ahli2 belia BGB daripada 5 design yang terpilih untuk dipilih antara yang terbaik.

Friday, May 14, 2010

PERSATUAN KOMPANG BGB

persatuan kompang telah lama berada di kampung paya pulai dimana ahli nye seramai lebih 30 ahli trmsuk ahli baru sekarang yang melibatkan ahli-ahli belia generasi baru (BGB) yang diketuai oleh RAJA BADRUL.kewujudan persatuan kompang BGB telah aktif sekian lame dan telah mendapat sambutan yang agak memuaskan dimana telah dijemput untuk memeriahkan sesuatu majlis,kebanyakan nye majlis perkahwinan,tidak ketinggalan majlis perasmian,majlis malam berinai,majlis berkhatan dan sebagainye. bukan saja di dalam kawasan kg sahaja tetapi diluar kg jugak persatuan kompang BGB di undang untuk memeriahkan majlis yang dijemput.



latihan kompang dilakukan pada setiap hari jumaat pada belah malam iaitu pada pukul 9-10.30 malam di balai raya kg paya pulai.setiap ahli kompang perlu menghadiri untuk memantapkan paluan kompang supaya bunyi paluan yang trhasil trsusun dan tidak berterabur.

Thursday, May 13, 2010

KURSUS PENGENALAN KAYAK



salam 1 belia,

24 & 25 april yang lepas belia segamat telah menganjurkan kursus pengenalan kayak bg mereka yang ingin/berminat untuk menyertainye.seramai lebih 30 penyertaan dr sume golongan belia dan beliawanis dr persatuan belia masing2.BGB telah menghantar seramai lbh 10 org ahli untuk menyertai kursus tersebut dan dikatakan diantara persatuan belia yang paling ramai dr persatuan belia yang lain.1 ucapan tahniah bg BGB.





pada permulaan kursus para peserta diajar menggunakan pendayung kayak dengan cara memegang yang sempurna dan tidak sukar mana dan semua dapat melakukan dengan sempurna.tidak banyak dilakukan pada hari pertama kerana sume peserta diminta ke sungai dimana diajar cara untuk menyelamatkan diri bila berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti trjatuh kedalam sungai sehingga petang.






hari kedua para peserta dapat merasa naik kayak dan diajar cara mendayung dengan sempurna kalau tidak habis sume akan dilanggar....rosak kayak... bukan main suka semua peseta dpat naik kayak,masing2 menunjukkan skil yg tersendri tnpa disedari padahal baru jer 1st time naik kayak 2...pada belah petang 1 aktiviti ekspidisi kayak,tak jauh mana sekadar dr jambatan pertama hingga ke jambatan ketiga dan berakhir pada pukul 5......

memang agak menyeronokkan pada yang tidak menyertai nye...yang seronok nye dapat bermain kayak....rugi giler ahh korg yang tidak sertai nye...2 sje buat kali nie....salam....

Sunday, March 28, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA BGB




salam 1 belia...

1 gotong-royong telah diadakan pada hari ahad iaitu 24 januari 2010 di balai raya air bah di kg paya pulai yg melibatkan ahli2 belia dan beliawanis BGB.....tujuan gotong-royong diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan balai raya seperti bilik mesyuarat,tandas,ruangan dapur,surau dan sebagainye...disamping itu belia BGB juga membaikpulih gelanggang sepak takraw yang sedia ada yg telah rosak akibat pecah yg bleh membhyakn pemain yg bermain di gelanggang trsebut...ucapan time kasih pada belia n beliawanis yg hadir pada gotong-royong rsebut...itu saja buat kali ini dengan 1 ungkapan BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING....salam....

Saturday, March 27, 2010

LAWATAN KE TERENGGANU



Assalamualaikum......


Salam 1 belia dan salam 1 malaysia pada yg mengunjungi blog kami ini....baru-baru ini kami telah membuat lawatan ke terengganu....setibanya disana kami singgah dahulu di pekarangan MASJID TERAPUNG untuk menunaikan solat subuh sebelum berangkat ke destinasi yg berikutnye iaitu kg. Raja Chendering..kehadiran kami disana disambut dengan meriah dan juga disajikan sarapan pagi yang sedap untuk kami...ucapan tima kasih yang tidak trhingga pada Belia Harapan Kg. Chendering...pada penghujung pertemuan kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan...


Dari Kg. Chendering kami menuju ke NOOR ARFA dimana tempat kain songket,kain batik,cenderahati yang menarik trdpat disana dan juga dpat mengetahui bagaimana kain songket dan kain batik dibuat di hadapan kami sndri...sungguh unik rasa seronok ble berada disana,rsa cm xnk blik pn ada gak...ada yang membeli cenderahati dari NOOR ARFA untuk ahli keluarga yang trcinta...selepas itu kami menuju ke TAMADUN ISLAM untuk melihat sndri masjid2 yg trdpat diseluruh dunia kita nie dan berbagai2 corak dan reka bentuk masjid yg dibuat..seterusnya kami menuju ke MASJID KRISTAL untuk menunaikn solat....


Destinasi yang terakhir kami adlah bertemu dengan Gerakan Belia 4B Kuala Nerus di kuala terengganu....seperti pada pertemuan dengan Belia Harapan Kg. Chendering disini kami juga disambut dengan meriah dan juga disajikan makanan yang sedap...kami bertukar2 pendapat,bergaul mesra dengan Belia2 Kg Nerus....pada akhir pertemuan kami bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan bersama...


Kami pulang segamat selepas menuanaikan solat maghrib.....salam....