Friday, May 14, 2010

PERSATUAN KOMPANG BGB

persatuan kompang telah lama berada di kampung paya pulai dimana ahli nye seramai lebih 30 ahli trmsuk ahli baru sekarang yang melibatkan ahli-ahli belia generasi baru (BGB) yang diketuai oleh RAJA BADRUL.kewujudan persatuan kompang BGB telah aktif sekian lame dan telah mendapat sambutan yang agak memuaskan dimana telah dijemput untuk memeriahkan sesuatu majlis,kebanyakan nye majlis perkahwinan,tidak ketinggalan majlis perasmian,majlis malam berinai,majlis berkhatan dan sebagainye. bukan saja di dalam kawasan kg sahaja tetapi diluar kg jugak persatuan kompang BGB di undang untuk memeriahkan majlis yang dijemput.



latihan kompang dilakukan pada setiap hari jumaat pada belah malam iaitu pada pukul 9-10.30 malam di balai raya kg paya pulai.setiap ahli kompang perlu menghadiri untuk memantapkan paluan kompang supaya bunyi paluan yang trhasil trsusun dan tidak berterabur.

Thursday, May 13, 2010

KURSUS PENGENALAN KAYAK



salam 1 belia,

24 & 25 april yang lepas belia segamat telah menganjurkan kursus pengenalan kayak bg mereka yang ingin/berminat untuk menyertainye.seramai lebih 30 penyertaan dr sume golongan belia dan beliawanis dr persatuan belia masing2.BGB telah menghantar seramai lbh 10 org ahli untuk menyertai kursus tersebut dan dikatakan diantara persatuan belia yang paling ramai dr persatuan belia yang lain.1 ucapan tahniah bg BGB.





pada permulaan kursus para peserta diajar menggunakan pendayung kayak dengan cara memegang yang sempurna dan tidak sukar mana dan semua dapat melakukan dengan sempurna.tidak banyak dilakukan pada hari pertama kerana sume peserta diminta ke sungai dimana diajar cara untuk menyelamatkan diri bila berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti trjatuh kedalam sungai sehingga petang.






hari kedua para peserta dapat merasa naik kayak dan diajar cara mendayung dengan sempurna kalau tidak habis sume akan dilanggar....rosak kayak... bukan main suka semua peseta dpat naik kayak,masing2 menunjukkan skil yg tersendri tnpa disedari padahal baru jer 1st time naik kayak 2...pada belah petang 1 aktiviti ekspidisi kayak,tak jauh mana sekadar dr jambatan pertama hingga ke jambatan ketiga dan berakhir pada pukul 5......

memang agak menyeronokkan pada yang tidak menyertai nye...yang seronok nye dapat bermain kayak....rugi giler ahh korg yang tidak sertai nye...2 sje buat kali nie....salam....

Sunday, March 28, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA BGB




salam 1 belia...

1 gotong-royong telah diadakan pada hari ahad iaitu 24 januari 2010 di balai raya air bah di kg paya pulai yg melibatkan ahli2 belia dan beliawanis BGB.....tujuan gotong-royong diadakan bertujuan untuk membersihkan kawasan balai raya seperti bilik mesyuarat,tandas,ruangan dapur,surau dan sebagainye...disamping itu belia BGB juga membaikpulih gelanggang sepak takraw yang sedia ada yg telah rosak akibat pecah yg bleh membhyakn pemain yg bermain di gelanggang trsebut...ucapan time kasih pada belia n beliawanis yg hadir pada gotong-royong rsebut...itu saja buat kali ini dengan 1 ungkapan BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING....salam....

Saturday, March 27, 2010

LAWATAN KE TERENGGANU



Assalamualaikum......


Salam 1 belia dan salam 1 malaysia pada yg mengunjungi blog kami ini....baru-baru ini kami telah membuat lawatan ke terengganu....setibanya disana kami singgah dahulu di pekarangan MASJID TERAPUNG untuk menunaikan solat subuh sebelum berangkat ke destinasi yg berikutnye iaitu kg. Raja Chendering..kehadiran kami disana disambut dengan meriah dan juga disajikan sarapan pagi yang sedap untuk kami...ucapan tima kasih yang tidak trhingga pada Belia Harapan Kg. Chendering...pada penghujung pertemuan kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan...


Dari Kg. Chendering kami menuju ke NOOR ARFA dimana tempat kain songket,kain batik,cenderahati yang menarik trdpat disana dan juga dpat mengetahui bagaimana kain songket dan kain batik dibuat di hadapan kami sndri...sungguh unik rasa seronok ble berada disana,rsa cm xnk blik pn ada gak...ada yang membeli cenderahati dari NOOR ARFA untuk ahli keluarga yang trcinta...selepas itu kami menuju ke TAMADUN ISLAM untuk melihat sndri masjid2 yg trdpat diseluruh dunia kita nie dan berbagai2 corak dan reka bentuk masjid yg dibuat..seterusnya kami menuju ke MASJID KRISTAL untuk menunaikn solat....


Destinasi yang terakhir kami adlah bertemu dengan Gerakan Belia 4B Kuala Nerus di kuala terengganu....seperti pada pertemuan dengan Belia Harapan Kg. Chendering disini kami juga disambut dengan meriah dan juga disajikan makanan yang sedap...kami bertukar2 pendapat,bergaul mesra dengan Belia2 Kg Nerus....pada akhir pertemuan kami bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan bersama...


Kami pulang segamat selepas menuanaikan solat maghrib.....salam....